2/03/2015

       Alhamdulillah setelah lebih sebulan selepas musibah banjir di Kuala Krai kelantan, Maahad Ansori Litahfizil Quran (MALQ) telah kembali beroperasi walaupun masih banyak yang perlu di perbaiki dan di cuci.
      Anggaran kerugian yang MALQ alami lebih kurang RM200 000.00. Antara yang rosak teruk adalah syiling kapur Masjid di perkarangan MALQ, karpet masjid, peralatan asrama, sebuah van, kitab-kitab pengajian, peralatan memasak, pendawaian elektrik, barangan elektrik, 2 tangki air besar hanyut dan banyak lagi.
   
       

        Ucapan Jazakumullahu Khairul Jaza' kepada para sukarelawan dan para dermawan yang telah banyak menyumbang tenaga, masa, keringat, wang ringgit dan macam-macam lagi.Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik tuan-tuan sekalian.
       Gambar-gambar ini adalah sebahagian dari keadaan semasa banjir di sekitar kg.Laloh Kuala krai dimana terletaknya MALQ dan juga gambar selepas musibah banjir di MALQ.

       Kepada para dermawan yang ingin meyumbang derma atau zakat bolehlah masukkan ke akaun BIMB no : 03072010002493 atas nama Mahaad Ansori Litahfizil Quran atau hantarkan cek atas nama Maahad Ansori Litahfizil Quran
ke alamat Maahad Ansori Litahfizil Quran,
 kg.Laloh.
18000 Kuala krai,
Kelantan







3/15/2013

Masjid Ansori Hampir Siap

Kami pihak Maahad Ansori Litahfizil Quran amat berterima kasih kepada semua dermawan yang sudi menderma untuk pembinaan masjid ini. Hanya Allah yang akan membalas segala sumbangan dari tuan puan kerana itu janji Allah.


Derma masih lagi diperlukan untuk menyiapkan pembinaan 100%. Pembinaan ini telah menelan belanja lebih dari RM400 000.00

Untuk Menderma Bolehlah datang sendiri Maahad Ansori atau hantarkan cek atas nama Maahad Ansori litahfizil Quran atau masukkan terus ke Akaun BIMB cawangan Kuala Krai Atas nama Maahad Ansori Litahfizil Quran
No :  0307  201000  2493. Atau boleh hubungi di talian 0 1 9 - 9 7 8 4 1 6 3 Ust Mohd.Hussin Jusoh (Pengetua MALQ) atau 013 9417764 Ust.Ruslan Abu Hanipah

7/22/2011

Pengambilan Pelajar Baru Sessi 2013

PENDAFTARAN PELAJAR BARU MASIH DIBUKA

Bismillahirrahmanirrahiim....

Pengambilan pelajar bagi tahun ini 2015 masih dibuka :


Bagi ibubapa yang berminat untuk menghantar anak atau saudara mara menghafaz dan mendalami ilmu agama di MALQ ini bolehlah datang sendiri ke MALQ atau boleh hubungi kami melalui email atau pun telefon no di bawah.

Maklumat bayaran sebagimana berikut :

1.           Pendaftaran RM200.00
2.           Yuran Bulanan RM200.00

Syarat kemasukan :
  • Boleh membaca Al Quran
  • Mempunyai minat yang tinggi untuk menghafaz
  • Berumur antara 11 hingga 15 tahun ( kecuali yang telah menghafaz di mana-mana Sekolah tahfiz )
  • Boleh membaca dan menulis melayu dan jawi
Untuk Keterangan Lanjut bolehlah hubungi kami email maahad_ansori@yahoo.com atau tel:
Atau boleh hubungi di talian 0 1 9 - 9 7 8 4 1 6 3 Ust Mohd.Hussin Jusoh (Pengetua MALQ) atau 013-9417764 Ust.Ruslan Abu Hanipah

4/27/2010

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN MALQ

Alhamdullilah, syukur kehadrat Ilahi kerana kini Maahad Ansori Litahfilzil Quran yang juga dikenali sebagai MALQ, Laloh telah mengorak langkah maju hasil daripada bantuan individu, syarikat, perbadanan serta bank-bank tempatan yang menyedari bertapa pentingnya pengajian Al Quran untuk anak bangsa demi melahirkan insan yang cemerlang.

Dalam usia menjangkau lima tahun ini MALQ, laloh adalah dalam keadaan masih bertahan dari segi pelajar, tenaga pengajar serta akedemiknya tetapi tidak pada kemudahan-kemudahan asas. Banyak perubahan-perubahan kemudahan asas telah dilakukan diantaranya:-

1/21/2010

Rayuan Derma Bulanan

Sekali lagi, kepada para dermawan yang melayari blog ini, kami merayu kepada dermawan sekalian apa kiranya dapat menderma setiap bulan kepada MALQ bagi tujuan pengurusan bulanan yang semakin meningkat, Disini saya sertakan senarai terkini kos pengurusan bulanan MALQ

1. Alaun guru 4 orang RM3200.00

2. Bil-bil ( air,TNB, TM) RM800.00

3. Kebajikan dan lain-lain RM500.00

Untuk Menderma Bolehlah datang sendiri Maahad Ansori atau hantarkan cek atas nama Maahad Ansori litahfizil Quran atau masukkan terus ke Akaun BIMB cawangan Kuala Krai Atas nama Maahad Ansori Litahfizil Quran
No : 0 3 0 7 2 9 0 1 0 0 0 2 4 9 3. Atau boleh hubungi di talian 0 1 9 - 9 7 8 4 1 6 3 Ust Mohd.Hussin Jusoh (Pengetua MALQ) atau 013 9417764 Ust.Ruslan Abu Hanipah

Pada sesiapa yang ada pandangan untuk kami mencari dana tetap bolehlah emailkan kepada Maahad_ansori@yahoo.com

11/05/2009

PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2010

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESSI 2010 TELAH DIBUKA SEKARANG.
TERHAD KEPADA 20 ORANG SAHAJA.

SYARAT KEMASUKAN

1. Calon lepasan UPSR / Setarafnya.
2. Mampu membaca al Quran dengan baik.
3. mempunyai minat yang tinggi untuk menghafaz al Quran.
4. Pelajar lelaki sahaja.

PERTAYAAN SILA HUBUNGI : PEJABAT MALQ : 09 9669180
MUDIR : 019 9784163

8/18/2009

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan MALQ
Kami merancang untuk membina :

  1. Sebuah masjid ( dalam pembinaan ) RM 600 000.00
  2. Asrama RM 500 000.00
  3. Bangunan MALQ ( kelas & Pejabat ) RM 500 000.00
  4. Kantin Dan Dewan Makan RM 100 000.00
  5. Quartes kakitangan MALQ RM 200 000.00

Kami mengharapkan derma dari para dermawan sekalian bagi merealisasikan impian ini bagi keselesaan pelajar menghafaz Quran dan menuntut ilmu.

8/06/2009

MOHON DERMA BULANAN

Kami bagi pihak ajk Maahad Ansori Litahfizil mencari penderma tetap iaitu sumbangan secara bulanan bagi manampung kos belanjaan elaun guru , bayaran elektrik , air dan sebagainya . setakat ini ada beberapa invidu atau syarikat yang menghulurkan bantuan secara bulan bulanan.Iaitu :
  1. Stesen minyak Caltek Kg.Laloh = RM150.00
  2. Ust.Sadli Ibrahim = RM150.00
  3. Kedai Perabot Wawasan K.krai = Rm100.00
  4. Kedai Evon K.Krai = RM200.00
Perbelanjaan bulanan maahad kami adalah seperti berikut :
  1. Gaji guru keseluruhannya ialah RM 2800 .00 ( 4 orang )
  2. Bil TNB, Air Kelantan dan TM sebannyak RM800.00
Kami mencari individu/syarikat yang ingin menghulurkan bantuan untuk menaja setiap guru, bagi meringankan beban maahad kami. sama-samalah kita berjuang untuk memertabatkan syiar islam. Sumbangan anda pasti mendapat ganjaran dari ALLAH.

6/11/2009

Penerimaan cek zakat dari BSN


Pengetua Maahad Ansori Litahfizil Quran sedang menerima cek dari pengurus bank simpanan nasional kelantan sebanyak RM 10.000.00 ( sepuluh ribu sahaja ) zakat bank simpanan nasional. Majlis penyerahan itu berlangsung di bangunan majlis ugama islam kelantan.

Aktiviti harian pelajar

Pelajar sedang menghafal Al Quran, aktiviti utama maahad ialah mengutamakan hafazan al quran.Buat masa ini ada setengah pelajar sudah punmenghafal 7 hinga8 juzuk.

4/24/2009

POHON DERMA IKHLAS BAGI MENYIAPKAN LANTAI ATAS MASJID ANSORI

Ahli Jawatan Kuasa Masjid Ansori ingin memohon  derma bagi menyiapkan lantai atas masjid, dianggarkan kos pembelanjaan berjumlah RM80,000.00(Lapan Puluh Ribu Ringgit).
bagi mereka yang menderma, saya selaku pengetua Maahad Ansori meminta jasa baik dari Warga Malaysia menderma seikhlas hati bagi menyiapkan masjid tersebut. Rebutlah peluang untuk menambah saham akhirat.

11/25/2008

Pendaftaran Pelajar Sessi 2009

Pendaftaran kemasukan pelajar baru ke Maahad Ansori bagi sessi 2009 dibuka sekarang (15/11/2008). Maahad Ansori mengalu-alukan permohonan daripada semua pelajar yang berminat untuk bersama-sama membina masa hadapan yang cemerlang melalui kekuatan peribadi dan ilmu.

Borang pendaftaran boleh didapati dipejabat malq atau sebarang pertanyaan boleh hubungi tel pejabat ; 09 9669180 atau mudir 0199784163. temuduga pelajar baru akan diadakan pada 28 -30/12/2008.

Wassalam.

10/23/2008

Muqaddimah

(Pandangan Hadapan Bangunan Maahad Ansori Litahfizil Quran)

بسم آلله آلر حمن آلر حيم

Maahad Ansori Litahfizil Quran merupakan sebuah intitusi pendidikan agama yang ditubuhkan dengan hasrat untuk melahirkan golongan professional Islam yang hafiz al-Quran,soleh dan bertaqwa serta menjadikan al-Quran sebagai satu cara hidup.

Maahad Ansori Litahfizilquran bertapak di SMU(A) Darul Ansor,Kampung Laloh, Kuala Krai, Kelantan sebagai premis pengajiannya .Penubuhan Maahad Ansori Litahfizilquran diharapkan akan dapat menjadi alternatif yang terbaik akan memberi nafas baru kepada intitusi pendidikan agama di sini kerana SMU(A) Darul Ansor , Kampung Laloh sudah tidak lagi beroperasi disebabkan ketiadaan pelajar, dan persaingan dengan SMU(A) bukan aliran tahfiz yang sudah banyak beroperasi di daerah ini .

Penubuhan Maahad Ansori Litahfizilquran diharapkan dapat menyambung perjuangan ulama` terdahulu kearah memartabatkan pendidikan al-Quran dan al-Hadis serta mengorak langkah untuk maju dan subur selari dengan arus pendidikan perdana bagi memenuhi kehendak semasa.Seterusnya, akan memenuhi aspirasi umat islam di Malaysia yang menyedari bahawa pentingnya al –Quran dan al-Hadith menjadi budaya hidup mereka sebagai wacana ke arah mendaulatkan Islam sebagai addin.

VISI - Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara di samping Melahirkan Para Huffaz yang Berketerampilan dalam Pelbagai Bidang.


MISI - Melahirkan Para Huffaz yang Mahir dan Efisyen Tentang Isi Kandungan Al Quran, Berilmu, Beramal dan Bertakwa serta Dapat Merealisasikan Isi Kandungan Al Quran Dalam Masyarakat.

10/22/2008

Cadangan Membina Masjid





Masjid adalah rumah Allah yang mana ianya bukan saja sebagai tempat beribadah semata-mata malah ianya sebagai pusat pusat perkembangan ilmu dan pusat memperjuangkan Islam.Masjid amat di perlukan di pusat pengajian ini demi keselesaan pelajar-pelajar menuntut ilmu lebih-lebih lagi sebagai pusat menghafaz Al Quran.

OBJEKTIF PEMBINAAN MASJID ANSORI

  • Bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada para pelajar MALQ dan masyarakat setempat.
  • Sebagai pusat menghafaz Al Quran dan tempat menuntut ilmu.
  • Sebagai mercu tanda baru MALQ untuk menarik minat lebih ramai ibu-bapa untuk menghantar anak-anak mereka menghafaz Al Quran disini.
  • Supaya pelajar dapat belajar dengan selesa, efisyen dan sistematik.

SETIAP DERMA IKHLAS YANG DI HULURKAN BAGI MEMBINA MASJID ANSORI AKAN DI BERI RESIT BAGI TUJUAN PERLEPASAN CUKAI PEHAK LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)
No. Rujukan Kebenaran Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN): LHDN.01/35/42/51/179-6.6071Tempoh Kuatkuasa Kelulusan: 15-08-2007 Hingga 14-08-2010

AJK Pembangunan MALQ

PENAUNG
  • QADHI JAJAHAN KUALA KRAI

PENGERUSI
  • DERAMAN BIN MAMAT

TIM.PENGERUSI 1
  • HJ.HASHIM BIN KADIR

BENDAHARI
  • RUSMAN B. ARIFFIN

SETIAUSAHA
  • MOHD HUSSIN BIN JUSOH (Pengetua MALQ)

TIM. SETIAUSAHA
  • MUHAMMAD B. HARUN

AHLI JAWATANKUASA
  • SADLI BIN IBRAHIM
  • MAT BIN STAPA
  • HJ AWANG B. HJ ABD RAHMAN
  • MOHD NOR B. MAN
  • MOHD ZAMRI B. HASSAN
  • NORAINI BINTI YUSOF
  • ZALINA BINTI ABDULLAH
  • RAZALI B. HASSAN
  • RUSLAN BIN ABU HANIPAH
  • NIK HIM BIN NIK DIL
  • MOHD AL AMIN BIN ABDULLAH
  • TAJUDDIN BIN ABDUL MAJID
  • FIKRI BIN CHE ISMAIL

10/14/2008

OBJEKTIF

Untuk menyediakan kemudahan menkaji Ulum al-Quran dan mempelajari Ulum al Quran.
  • Untuk menghidupkan kembali Ulum al-Quran dan memperdekat Ulum al-Quran kepada masyarakat.
  • Untuk melahirkan ulama HUFFAZ yang:
    - mampu memahami isi kandungan al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat
    - memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya daripada sebarang penyelewengan .
    - mempunyai ilmu pengetahuan , beramal soleh , bertaqwa dan berakhlak mulia.
  • Untuk melahirkan model islamiyyah yang bertanggungjawab dalam semua aspek dajuga boleh berdikari dalam menghadapi tekanan hidup.
  • Menjadikan MALQ sebagai pusat tarbiyyah dan kem motivasi pelajar.
UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF TERSEBUT MALQ MEMERLUKAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN SAPERTI BERIKUT:-


  • Satu blok bangunan asrama
  • Satu blok sekolah
  • Sebuah masjid
  • Sebuah kantin dan dewan makan
  • Satu blok rumah kakitangan MALQ .
  • Dan beberapa kemudahan asas lain seperti tempat letak kereta ,taman rekriasi dll

10/13/2008

Majlis Perletakan Batu Asas Masjid MALQ







Ketibaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Di Majlis Perletakan Batu Asas Masjid








Beramah mesra dengan hadirin dimajlis pelancaran









Membancuh simen bagi menyempurnakan majlis
CADANGAN SUMBER EKONOMI MALQ

Melihat kepada keseimbangan ekonomi MALQ yang sangat tidak seimbang maka dicadangkan agar MALQ dapat mencetuskan sumber kemasukan RM melalui perniagaan atau pun pertaniaan atau pelbagaikan bidang yang dapat menghasilkan sumber kewangan yang kukuh bagi menguruskan kewangan MALQ.

Namun Impian murni ini tak dapat dijalankan kerana memerlukan modal kewangan yang banyak. Namun pihak MALQ tetap menaruh harapan agar cita-cita ini akan berjaya suatu hari nanti. Oleh yang demikian bantuan dari mana-mana pihak yang dermawan yang sudi memberi modal untuk pihak kami MALQ memulakan sumber pendapatan sendiri agar MALQ ini dapat Menjadi satu pusat menghafaz Al Quran dan pusat perkembangan pelbagai bidang ilmu yang membawa kebahagian dunia akhirat.

Sekarang ini MALQ mula mengorak langkah dengan modal yang kecil berniaga runcit secara kecilan dengan harapan yang tinggi agar peniagaan kecil ini suatu hari nanti akan menigkat menjadi satu gedung perniagaan yang mampu menampung pengurusan MALQ.

Kepada anda para dermawan sekalian bantuan anda sekalian amatlah diharapkan agar dapat kita bersama membina generasi muda yang berakhlak AL Quran. Semoga Allah memberkati usaha suci ini.

Untuk Menderma Bolehlah datang sendiri Maahad Ansori atau masukkan terus ke Akaun BIMB cawangan Kuala Krai Atas nama Maahad Ansori Litahfizil Quran
No : 0 3 0 7 2 9 0 1 0 0 0 2 4 9 3. Atau boleh hubungi di talian 0 1 9 - 9 7 8 4 1 6 3 Ust Mohd.Hussin Jusoh (Pengetua MALQ) atau 09 - 9 6 6 9 1 8 0 Pejabat MALQ.

Tenaga Pengajar

TENAGA PENGAJAR MALQ DAN KELULUSAN

Tenaga pengajar MALQ terdiri daripada :
  • Guru-guru hafiz
  • Guru-guru Agama berijazah
  • Guru-guru Akademik ( Part time ) jemputan dari Sek. Men. Yang berdekatan


Nama :Ust. Ruslan bin Abu Hanipah
Kelulusan : B.A Universiti Al-Azhar, Mesir
Kuliah : Syariah

Nama : Ust. Nik Him bin Nik Dil
Kelulusan : B.A Universiti Ulum Islamiah dan Bahasa Arab Damsyiq, Syria
Kuliah : Syariah.

Nama : Ust. Mohd Hussin bin Jusoh
Kelulusan : B.A International University Of Africa, Sudan.
Kuliah : Syariah.


Nama : Ust. Tajuddin Bin Abdul Majid
Kelulusan : B.A University of Islamic studies / Karachi
Bidang : Kuliah Dahwah Islamiah / Hafazan

Nama : Ust.Mohd Al Amin Bin Abdullah
Kelulusan : Diploma Pusat Pengajian Pondok Kandis Bachok
Kuliah : Syariah

Sistem Pendidikan Maahad Al Ansori Litahfizil Quran Laloh



SYARAT KEMASUKAN

  • Calon lepasan UPSR/Setarafnya,
  • Mampu membaca al-Quran dengan baik.
  • Mempunyai minat yang tinggi untuk menghafaz al-Quran .
  • Lulus temuduga kemasukan MALQ.
  • Pelajar lelaki sahaja.

SISTEM PENGAJIAN


Hafazan al-Quran adalah teras pendidikan MALQ
Akedemik dan pendidikan islam juga ditawarkan
Bahasa pengantar Bahasa Melayu,Arab dan Inggeris .
Tempoh pengajian dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5
•Tahun 1 ( Awwal I`dadi ) – 10 juzuk
•Tahun 2 ( Thani I` dadi ) – 10 juzuk
•Tahun 3 ( Thalis I`dadi ) – 10 juzuk (PMR)
•Tahun 4 ( Awwal Thanawi ) SMU
•Tahun 5 ( Thani Thanawi ) ( SPM )

KURIKULUM

MALQ akan menyediakan empat program pengajian di setiap hari
Ilmu-ilmu al-Quran,
Ilmu-ilmu Agama,
Ilmu-ilmu Akademik dan
Bahasa Arab

( Semua pelajaran adalah mengikut sukatan Yayasan Islam Kelantan )

PEPERIKSAAN

Terdapat tiga peperiksaan penting yang akan dihadapi oleh pelajar iaitu PMR (tahun 3) ,SMU (tahun 4) dan SPM(tahun 5) manakala pelajar-pelajar di tahun 1dan 2 akan melalui dua peperiksaan iaitu peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.

Peperiksaam SMU (tahun 4 ), sukatan pelajarannya adalah mengikut Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan buku-buku teks akan dibantu sepenuhnya oleh YIK, dengan sijil SMU pelajar dapat menyambung pelajaran mereka kepada mana-mana SMU(A) di bawah YIK untuk mengambil peperiksaan STU dan STAM


PERATURAN DAN DISIPLIN

Pelajar yang diterima masuk ke MALQ akan tertakluk kepada peraturan–peraturan tertentu sebagai contoh , mereka hendaklah sentiasa berada dalam kawasan sekolah semasa belajar tidak dibenarkan keluar atau berada di luar kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada guru yang bertugas.Orang luar tidak dibenarkan masuk atau dibawa masuk ke dalam bilik asrama melainkan dengan kebenaran khas pada masa dan hari yang tertentu seperti hari jumaat dan hari kebesaran dalam sejarah Islam contohnya Maulid Nabi ,Awal Muharram ,Nuzul Al-Quran dan sebagainya.
Pihak penyelia asrama terdiri daripada guru-guru yang bertanggungjawab mengawal ketenteraman dan memelihara disiplin di samping memberi dan menimba ilmu pengetahuan.

Peraturan dalaman yang akan diatur seperti :
•Pelajar-pelaar dikehendaki tidur awal setelah bermutalaah atau menghafaz al-Quran
•Bangun sebelum subuh untuk sempat sembahyang tahajjud
•Solat berjemaah
•Sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah ,asrama dan dewan makan sebagai satu cara membentuk jati diri seorang muslim .

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini akan diselesaikan oleh guru yang bertugas secara nasihat atau tunjuk ajar yang ikhlas .Jika perlu diselesaikan dengan cara terbuka atau syura dari semasa ke semasa .Pihak pentadbir MALQ akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi tindakan pelajar yang luar biasa dan tidak dapat diselesaikan dengan baik.

KO-KURIKULUM

MALQ merancang serta menyediakan pelbagai aktiviti dalaman dan luaran yang mana meliputi Rohaniyyah, Jasmaniyyah dan Aqliyyah untuk menghilangkan perasaan jemu pelajar-pelajar yang sentiasa berhadapan dengan kelas-kelas pengajian setiap hari.
Antara kegiatan Ko Kurikulum yang dirangcang ialah.



Persatuan/ Badan
•Dakwah
•Tarbiyyah
•Koperasi
•Disiplin/ kadet

Sukan dan Permainan
  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Badminton
  • Pingpong
  • Sepak Takraw

Program Tarbiyyah
•Rehlah
•Mukhayyam
•Lawatan sambil belajar
•Qiamullail
•Seminar / forum
•Motivasi