10/13/2008

Sistem Pendidikan Maahad Al Ansori Litahfizil Quran Laloh



SYARAT KEMASUKAN

  • Calon lepasan UPSR/Setarafnya,
  • Mampu membaca al-Quran dengan baik.
  • Mempunyai minat yang tinggi untuk menghafaz al-Quran .
  • Lulus temuduga kemasukan MALQ.
  • Pelajar lelaki sahaja.

SISTEM PENGAJIAN


Hafazan al-Quran adalah teras pendidikan MALQ
Akedemik dan pendidikan islam juga ditawarkan
Bahasa pengantar Bahasa Melayu,Arab dan Inggeris .
Tempoh pengajian dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5
•Tahun 1 ( Awwal I`dadi ) – 10 juzuk
•Tahun 2 ( Thani I` dadi ) – 10 juzuk
•Tahun 3 ( Thalis I`dadi ) – 10 juzuk (PMR)
•Tahun 4 ( Awwal Thanawi ) SMU
•Tahun 5 ( Thani Thanawi ) ( SPM )

KURIKULUM

MALQ akan menyediakan empat program pengajian di setiap hari
Ilmu-ilmu al-Quran,
Ilmu-ilmu Agama,
Ilmu-ilmu Akademik dan
Bahasa Arab

( Semua pelajaran adalah mengikut sukatan Yayasan Islam Kelantan )

PEPERIKSAAN

Terdapat tiga peperiksaan penting yang akan dihadapi oleh pelajar iaitu PMR (tahun 3) ,SMU (tahun 4) dan SPM(tahun 5) manakala pelajar-pelajar di tahun 1dan 2 akan melalui dua peperiksaan iaitu peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.

Peperiksaam SMU (tahun 4 ), sukatan pelajarannya adalah mengikut Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan buku-buku teks akan dibantu sepenuhnya oleh YIK, dengan sijil SMU pelajar dapat menyambung pelajaran mereka kepada mana-mana SMU(A) di bawah YIK untuk mengambil peperiksaan STU dan STAM


PERATURAN DAN DISIPLIN

Pelajar yang diterima masuk ke MALQ akan tertakluk kepada peraturan–peraturan tertentu sebagai contoh , mereka hendaklah sentiasa berada dalam kawasan sekolah semasa belajar tidak dibenarkan keluar atau berada di luar kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada guru yang bertugas.Orang luar tidak dibenarkan masuk atau dibawa masuk ke dalam bilik asrama melainkan dengan kebenaran khas pada masa dan hari yang tertentu seperti hari jumaat dan hari kebesaran dalam sejarah Islam contohnya Maulid Nabi ,Awal Muharram ,Nuzul Al-Quran dan sebagainya.
Pihak penyelia asrama terdiri daripada guru-guru yang bertanggungjawab mengawal ketenteraman dan memelihara disiplin di samping memberi dan menimba ilmu pengetahuan.

Peraturan dalaman yang akan diatur seperti :
•Pelajar-pelaar dikehendaki tidur awal setelah bermutalaah atau menghafaz al-Quran
•Bangun sebelum subuh untuk sempat sembahyang tahajjud
•Solat berjemaah
•Sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah ,asrama dan dewan makan sebagai satu cara membentuk jati diri seorang muslim .

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini akan diselesaikan oleh guru yang bertugas secara nasihat atau tunjuk ajar yang ikhlas .Jika perlu diselesaikan dengan cara terbuka atau syura dari semasa ke semasa .Pihak pentadbir MALQ akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi tindakan pelajar yang luar biasa dan tidak dapat diselesaikan dengan baik.

KO-KURIKULUM

MALQ merancang serta menyediakan pelbagai aktiviti dalaman dan luaran yang mana meliputi Rohaniyyah, Jasmaniyyah dan Aqliyyah untuk menghilangkan perasaan jemu pelajar-pelajar yang sentiasa berhadapan dengan kelas-kelas pengajian setiap hari.
Antara kegiatan Ko Kurikulum yang dirangcang ialah.



Persatuan/ Badan
•Dakwah
•Tarbiyyah
•Koperasi
•Disiplin/ kadet

Sukan dan Permainan
  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Badminton
  • Pingpong
  • Sepak Takraw

Program Tarbiyyah
•Rehlah
•Mukhayyam
•Lawatan sambil belajar
•Qiamullail
•Seminar / forum
•Motivasi

Tiada ulasan: