10/13/2008

CADANGAN SUMBER EKONOMI MALQ

Melihat kepada keseimbangan ekonomi MALQ yang sangat tidak seimbang maka dicadangkan agar MALQ dapat mencetuskan sumber kemasukan RM melalui perniagaan atau pun pertaniaan atau pelbagaikan bidang yang dapat menghasilkan sumber kewangan yang kukuh bagi menguruskan kewangan MALQ.

Namun Impian murni ini tak dapat dijalankan kerana memerlukan modal kewangan yang banyak. Namun pihak MALQ tetap menaruh harapan agar cita-cita ini akan berjaya suatu hari nanti. Oleh yang demikian bantuan dari mana-mana pihak yang dermawan yang sudi memberi modal untuk pihak kami MALQ memulakan sumber pendapatan sendiri agar MALQ ini dapat Menjadi satu pusat menghafaz Al Quran dan pusat perkembangan pelbagai bidang ilmu yang membawa kebahagian dunia akhirat.

Sekarang ini MALQ mula mengorak langkah dengan modal yang kecil berniaga runcit secara kecilan dengan harapan yang tinggi agar peniagaan kecil ini suatu hari nanti akan menigkat menjadi satu gedung perniagaan yang mampu menampung pengurusan MALQ.

Kepada anda para dermawan sekalian bantuan anda sekalian amatlah diharapkan agar dapat kita bersama membina generasi muda yang berakhlak AL Quran. Semoga Allah memberkati usaha suci ini.

Untuk Menderma Bolehlah datang sendiri Maahad Ansori atau masukkan terus ke Akaun BIMB cawangan Kuala Krai Atas nama Maahad Ansori Litahfizil Quran
No : 0 3 0 7 2 9 0 1 0 0 0 2 4 9 3. Atau boleh hubungi di talian 0 1 9 - 9 7 8 4 1 6 3 Ust Mohd.Hussin Jusoh (Pengetua MALQ) atau 09 - 9 6 6 9 1 8 0 Pejabat MALQ.

Tiada ulasan: