10/23/2008

Muqaddimah

(Pandangan Hadapan Bangunan Maahad Ansori Litahfizil Quran)

بسم آلله آلر حمن آلر حيم

Maahad Ansori Litahfizil Quran merupakan sebuah intitusi pendidikan agama yang ditubuhkan dengan hasrat untuk melahirkan golongan professional Islam yang hafiz al-Quran,soleh dan bertaqwa serta menjadikan al-Quran sebagai satu cara hidup.

Maahad Ansori Litahfizilquran bertapak di SMU(A) Darul Ansor,Kampung Laloh, Kuala Krai, Kelantan sebagai premis pengajiannya .Penubuhan Maahad Ansori Litahfizilquran diharapkan akan dapat menjadi alternatif yang terbaik akan memberi nafas baru kepada intitusi pendidikan agama di sini kerana SMU(A) Darul Ansor , Kampung Laloh sudah tidak lagi beroperasi disebabkan ketiadaan pelajar, dan persaingan dengan SMU(A) bukan aliran tahfiz yang sudah banyak beroperasi di daerah ini .

Penubuhan Maahad Ansori Litahfizilquran diharapkan dapat menyambung perjuangan ulama` terdahulu kearah memartabatkan pendidikan al-Quran dan al-Hadis serta mengorak langkah untuk maju dan subur selari dengan arus pendidikan perdana bagi memenuhi kehendak semasa.Seterusnya, akan memenuhi aspirasi umat islam di Malaysia yang menyedari bahawa pentingnya al –Quran dan al-Hadith menjadi budaya hidup mereka sebagai wacana ke arah mendaulatkan Islam sebagai addin.

VISI - Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara di samping Melahirkan Para Huffaz yang Berketerampilan dalam Pelbagai Bidang.


MISI - Melahirkan Para Huffaz yang Mahir dan Efisyen Tentang Isi Kandungan Al Quran, Berilmu, Beramal dan Bertakwa serta Dapat Merealisasikan Isi Kandungan Al Quran Dalam Masyarakat.

Tiada ulasan: