8/06/2009

MOHON DERMA BULANAN

Kami bagi pihak ajk Maahad Ansori Litahfizil mencari penderma tetap iaitu sumbangan secara bulanan bagi manampung kos belanjaan elaun guru , bayaran elektrik , air dan sebagainya . setakat ini ada beberapa invidu atau syarikat yang menghulurkan bantuan secara bulan bulanan.Iaitu :
  1. Stesen minyak Caltek Kg.Laloh = RM150.00
  2. Ust.Sadli Ibrahim = RM150.00
  3. Kedai Perabot Wawasan K.krai = Rm100.00
  4. Kedai Evon K.Krai = RM200.00
Perbelanjaan bulanan maahad kami adalah seperti berikut :
  1. Gaji guru keseluruhannya ialah RM 2800 .00 ( 4 orang )
  2. Bil TNB, Air Kelantan dan TM sebannyak RM800.00
Kami mencari individu/syarikat yang ingin menghulurkan bantuan untuk menaja setiap guru, bagi meringankan beban maahad kami. sama-samalah kita berjuang untuk memertabatkan syiar islam. Sumbangan anda pasti mendapat ganjaran dari ALLAH.

6/11/2009

Penerimaan cek zakat dari BSN


Pengetua Maahad Ansori Litahfizil Quran sedang menerima cek dari pengurus bank simpanan nasional kelantan sebanyak RM 10.000.00 ( sepuluh ribu sahaja ) zakat bank simpanan nasional. Majlis penyerahan itu berlangsung di bangunan majlis ugama islam kelantan.

Aktiviti harian pelajar

Pelajar sedang menghafal Al Quran, aktiviti utama maahad ialah mengutamakan hafazan al quran.Buat masa ini ada setengah pelajar sudah punmenghafal 7 hinga8 juzuk.

4/24/2009

POHON DERMA IKHLAS BAGI MENYIAPKAN LANTAI ATAS MASJID ANSORI

Ahli Jawatan Kuasa Masjid Ansori ingin memohon  derma bagi menyiapkan lantai atas masjid, dianggarkan kos pembelanjaan berjumlah RM80,000.00(Lapan Puluh Ribu Ringgit).
bagi mereka yang menderma, saya selaku pengetua Maahad Ansori meminta jasa baik dari Warga Malaysia menderma seikhlas hati bagi menyiapkan masjid tersebut. Rebutlah peluang untuk menambah saham akhirat.

11/25/2008

Pendaftaran Pelajar Sessi 2009

Pendaftaran kemasukan pelajar baru ke Maahad Ansori bagi sessi 2009 dibuka sekarang (15/11/2008). Maahad Ansori mengalu-alukan permohonan daripada semua pelajar yang berminat untuk bersama-sama membina masa hadapan yang cemerlang melalui kekuatan peribadi dan ilmu.

Borang pendaftaran boleh didapati dipejabat malq atau sebarang pertanyaan boleh hubungi tel pejabat ; 09 9669180 atau mudir 0199784163. temuduga pelajar baru akan diadakan pada 28 -30/12/2008.

Wassalam.

10/23/2008

Muqaddimah

(Pandangan Hadapan Bangunan Maahad Ansori Litahfizil Quran)

بسم آلله آلر حمن آلر حيم

Maahad Ansori Litahfizil Quran merupakan sebuah intitusi pendidikan agama yang ditubuhkan dengan hasrat untuk melahirkan golongan professional Islam yang hafiz al-Quran,soleh dan bertaqwa serta menjadikan al-Quran sebagai satu cara hidup.

Maahad Ansori Litahfizilquran bertapak di SMU(A) Darul Ansor,Kampung Laloh, Kuala Krai, Kelantan sebagai premis pengajiannya .Penubuhan Maahad Ansori Litahfizilquran diharapkan akan dapat menjadi alternatif yang terbaik akan memberi nafas baru kepada intitusi pendidikan agama di sini kerana SMU(A) Darul Ansor , Kampung Laloh sudah tidak lagi beroperasi disebabkan ketiadaan pelajar, dan persaingan dengan SMU(A) bukan aliran tahfiz yang sudah banyak beroperasi di daerah ini .

Penubuhan Maahad Ansori Litahfizilquran diharapkan dapat menyambung perjuangan ulama` terdahulu kearah memartabatkan pendidikan al-Quran dan al-Hadis serta mengorak langkah untuk maju dan subur selari dengan arus pendidikan perdana bagi memenuhi kehendak semasa.Seterusnya, akan memenuhi aspirasi umat islam di Malaysia yang menyedari bahawa pentingnya al –Quran dan al-Hadith menjadi budaya hidup mereka sebagai wacana ke arah mendaulatkan Islam sebagai addin.

VISI - Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara di samping Melahirkan Para Huffaz yang Berketerampilan dalam Pelbagai Bidang.


MISI - Melahirkan Para Huffaz yang Mahir dan Efisyen Tentang Isi Kandungan Al Quran, Berilmu, Beramal dan Bertakwa serta Dapat Merealisasikan Isi Kandungan Al Quran Dalam Masyarakat.

10/22/2008

Cadangan Membina Masjid





Masjid adalah rumah Allah yang mana ianya bukan saja sebagai tempat beribadah semata-mata malah ianya sebagai pusat pusat perkembangan ilmu dan pusat memperjuangkan Islam.Masjid amat di perlukan di pusat pengajian ini demi keselesaan pelajar-pelajar menuntut ilmu lebih-lebih lagi sebagai pusat menghafaz Al Quran.

OBJEKTIF PEMBINAAN MASJID ANSORI

  • Bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada para pelajar MALQ dan masyarakat setempat.
  • Sebagai pusat menghafaz Al Quran dan tempat menuntut ilmu.
  • Sebagai mercu tanda baru MALQ untuk menarik minat lebih ramai ibu-bapa untuk menghantar anak-anak mereka menghafaz Al Quran disini.
  • Supaya pelajar dapat belajar dengan selesa, efisyen dan sistematik.

SETIAP DERMA IKHLAS YANG DI HULURKAN BAGI MEMBINA MASJID ANSORI AKAN DI BERI RESIT BAGI TUJUAN PERLEPASAN CUKAI PEHAK LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)
No. Rujukan Kebenaran Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN): LHDN.01/35/42/51/179-6.6071Tempoh Kuatkuasa Kelulusan: 15-08-2007 Hingga 14-08-2010