2/03/2015

       Alhamdulillah setelah lebih sebulan selepas musibah banjir di Kuala Krai kelantan, Maahad Ansori Litahfizil Quran (MALQ) telah kembali beroperasi walaupun masih banyak yang perlu di perbaiki dan di cuci.
      Anggaran kerugian yang MALQ alami lebih kurang RM200 000.00. Antara yang rosak teruk adalah syiling kapur Masjid di perkarangan MALQ, karpet masjid, peralatan asrama, sebuah van, kitab-kitab pengajian, peralatan memasak, pendawaian elektrik, barangan elektrik, 2 tangki air besar hanyut dan banyak lagi.
   
       

        Ucapan Jazakumullahu Khairul Jaza' kepada para sukarelawan dan para dermawan yang telah banyak menyumbang tenaga, masa, keringat, wang ringgit dan macam-macam lagi.Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik tuan-tuan sekalian.
       Gambar-gambar ini adalah sebahagian dari keadaan semasa banjir di sekitar kg.Laloh Kuala krai dimana terletaknya MALQ dan juga gambar selepas musibah banjir di MALQ.

       Kepada para dermawan yang ingin meyumbang derma atau zakat bolehlah masukkan ke akaun BIMB no : 03072010002493 atas nama Mahaad Ansori Litahfizil Quran atau hantarkan cek atas nama Maahad Ansori Litahfizil Quran
ke alamat Maahad Ansori Litahfizil Quran,
 kg.Laloh.
18000 Kuala krai,
Kelantan







Tiada ulasan: